Beef Curry for Nasi Dagang
Ingredients
Methods
Boiled meet until tender, put aside broth.
Coconut milk is heated until it separated.
Put potatoes and curry paste, stir briefly.
Enter toasted coconut, blended chili paste, multipurpose paste, garlic-ginger paste and bay leaf.
Once boiling, add the boiled meat and a little broth.
Put bird’s eye chillies and lets the gravy well mixed. Stir until smooth.
Sugar and salt to taste
Ready to be served with nasi dagang.
Kari Daging untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan
½ kg daging lembu dipotong kiub
4 biji kentang dipotong kiub
1 peket rempah kari daging dicampur air menjadi pes
Santan dari 1 biji kelapa
1 sudu besar kerisek
1 sudu besar pes cili kisar
1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu besar pes halia bawang putih
Daun salam
4 batang cili padi diketuk sedikit
Garam
Gula
Langkah-langkah
Daging direbus sehingga empuk, air rebusan disimpan.
Santan dipanaskan sehingga pecah minyak.
Masukkan kentang dan pes rempah kari, kacau seketika.
Masukkan kerisek, pes cili kisar, pes pelbagai guna, pes halia bawang putih dan daun salam.
Setelah mendidih, masukkan daging yang telah direbus dan sedikit air rebusan.
Masukkan cili padi dan biarkan seketika dan kuah menjadi sebati. Kacau sehingga sekata.
Perisakan dengan garam dan gula.
Siap untuk dihidang bersama nasi dagang.